Thursday, September 11, 2008

Pertengahan Ramadhan yang Penuh Keberkatan

Salam.....

Dengan nama ALLAH yang maha Pengasih lagi maha Penyayang..ku berlindung dari syaitan-syaitan yang direjam, ampunilah segala dosaku, dosa kedua ibubapaku serta dosa orang-orang mukmin samaada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Selawat dan salam untuk junjungan mulia, Muhammad al-amin kekasih ALLAH..Moga Islam terus gemilang dan kita semua kekal di dalam nikmat iman dan islam sehingga ke akhirnya..

Hidup ini hanya untuk sementara, bergegaslah kita beramal ibadah di dunia ini untuk mengumpul seberapa banyak bekalan untuk di bawa ke sana nanti. Dalam sekelip mata kita telah berada dipertengahan ramadhan yang mulia ini...Adakah kita menyempurnakan setiap amalan kita dengan sempurna di dalam bulan yang penuh keberkatan ini agar sentiasa mendapat keredhaan dari-NYA.

Justeru, masing-masing perlu check blik diri kita di mana tahap keimanan dan ketaqwaan kita kepada ALLAH...amin...xde idea jer nk tulis nie...sory

Thursday, August 28, 2008

Ramadhan yang penuh keberkatan...

Puasa Penjana Akhlak Terpuji

Oleh Wan Marzuki Wan Ramli

SALAH satu matlamat kefardhuan puasa Ramadhan ialah untuk menjana suatu natijah akhlak yang terpuji dan seterusnya mencapai kemuncak darjat ketaqwaan yang sebenar kepada Allah SWT.

Dalam satu hadis yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan semata-mata kerana imannya kepada Allah dan mengharapkan pahala dari-Nya, maka akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu.”

Ramadhan merupakan bulan peningkatan kuantiti dan kualiti ibadat bagi setiap umat Islam yang ingin mencapai hasrat tersebut. Ini kerana dengan peningkatan kuantiti dan kualiti ibadah akan lebih memudahkan proses taqarrub (mendekatkan diri seseorang kepada Allah) . Dengan itu seseorang mukmin akan lebih mudah itu untuk membezakan sesuatu yang hak dan batil.

Dari Abu Hurairah ra. bahwa Nabi saw. bersabda: "Di dalam bulan Ramadhan umatku diberi lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada umat-umat sebelumnya:
1. Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kesturi.
2. Para malaikat selalu memintakan ampunan untuk mereka hingga mereka berbuka.
3. Setiap hari Allah menghias syurga-Nya sambil berkata, 'Hamba-hamba Ku yang soleh ingin melepas beban dan penderitaannya dan mereka rindu untuk memasukimu.'
4. Pada bulan ini diikat syaitan-syaitan yang derhaka sehingga mereka tidak berleluasa mencapai apa yang dapat dicapainya pada bulan lain.
5. Mereka diampuni oleh Allah SWT pada malam yang terakhir dari bulan itu. Para sahabat bertanya, 'Wahai Rasulullah, apakah itu malam Lailatul Qadar?' Beliau menjawab, 'Tidak, karena orang yang bekerja itu akan dipenuhi upahnya manakala sudah menyelesaikan pekerjaannya.' (H.R Ahmad)

Setiap umat Islam digalakkan menyimpan niat untuk menjalani ibadat puasa pada setiap hari di bulan Ramadhan sebagai manifestasi untuk melaksanakannya mengikut apa yang dikehendaki oleh syarak.

Puasa adalah suatu ibadat tazkiyah al-nafs iaitu proses penyucian jiwa dan nurani dari segala penyakit rohani yang boleh mengkerdilkan kesempurnaan ibadat seseorang. Melalui ibadat puasalah diharapkan akan lahir sifat-sifat terpuji seperti amanah dann jujur dengan diri sendiri, bertanggungjawab, bertaqwa dan sabar.

Apa jua kesederhanaan dan sedikit kekuatan yang dituntut sepanjang menjalani ibadat puasa ini mencerminkan ibadat puasa adalah bersifat sosial yang dikatakan boleh menjana deria keprihatinan dan keinsafan terhadap nasib umat Islam yang kurang bernasib baik.

Dalam sebuah hadis yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: ”Apabila kamu berpuasa, maka hendaklah pendengaranmu, penglihatanmu dan lidahmu turut berpuasa dari segala yang haram. Jauhilah dari suka menyakiti jiranmu, hendaklah kamu bertenang dan beramal dan jangan biarkan hari tidak berpuasa dan hari berpuasa adalah sama.” (H.R Bukhari).

Bagi memastikan segala pesanan Rasulullah SAW ini dapat kita laksanakan dengan baik, perkara utama yang harus dahulukan adalah menyiapkan diri untuk memulakan penghidupan yang lebih bermutu dan bernilai sepanjang berada dalam bulan penuh kemuliaan dan keberkatan ini. Antaranya ialah:

· Menjaga ibadat puasa dari terbatal dan kurang pahalanya kerana kelalaian dalam menjaga anggota badan.

· Membanyakkan membaca al-Quran dan merenungi pengajaran di sebalik pengertian ayat yang dibaca.

· Mengurangkan tidur pada siang hari bulan Ramadan.

· Beriktikaf dalam masjid terutamanya pada sepuluh malam terakhir Ramadan

· Membanyakkan bersedekah terutama kepada fakir miskin kerana bersedekah akan menyucikan jiwa manusia dari sifat takbur dan kembali menyemai sensitiviti sesama umat Islam.

· Jangan terlalu boros dengan melakukan pembaziran dalam penyediaan makanan.

Melihat kepada betapa besarnya fadilat yang bakal diperolehi oleh semua umat muslimin pada sepanjang bulan yang barakah ini, Rasulullah SAW telah memberi penekanan dengan menjelaskan kemuliaan Ramadhan melalui satu khutbah baginda iaitu:

“Wahai manusia, sesungguhnya kamu akan didatangi satu bulan yang besar lagi penuh keberkatan iaitu bulan yang didalamnya ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Bulan di mana Allah telah jadikan puasa adalah kefardhuan dan bangun pada malamnya adalah satu tambahan.

Sesiapa yang mendekatkan diri kepada Allah SWT dan beramal soleh pada bulan itu, maka samalah dia dengan orang yang menunaikan 70 amalan fardhu di bulan yang lain. Bulan Ramadan adalah bulan untuk memberi pertolongan dan Allah akan menambahkan rezeki orang mukmin di dalamnya. Sesiapa memberi makanan berbuka bagi orang yang berpuasa pada bulan itu, maka itu menjadi pengampunan dosanya dan kebebasan dari api neraka.”

Secara jelasnya menikmati kehadiran Ramadhan dan fadilat yang terselindung di sebalik tabir kemunculannya menjadi tumpuan setiap umat Islam yang sentiasa mendambakan keberkatan dan pahala yang berlipat ganda dari Allah SWT.

Usah jadikan Ramadhan sebagai bulan untuk berlumba-lumba menyajikan makanan yang pelbagai sehingga melakukan pembaziran atau menjadikan alasan berpuasa di dalam bulan Ramadhan untuk menjadi umat Islam yang rendah produktiviti dan tiada natijah penghidupan kerana keletihan berpuasa.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila datangnya malam pertama Ramadhan, diikatlah segala jin dan syaitan yang jahat serta ditutup pula pintu neraka, dan tiada dibuka walaupun satu pintu neraka. Akan dibuka pintu syurga. Pada setiap malam akan ada malaikat yang menyeru “ Wahai manusia yang inginkan kebaikan, bersegeralah kamu. Wahai manusia yang inginkan kejahatan, berhentilah kamu dan bagi Allah orang yang dibebaskan dari api neraka.”

Muhasabah diri

Salam semua...alhamdulillah aku masih lagi bernafas untuk hari ini. Rasa syukur yang tak terhingga ku panjatkan kehadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk merasai nikmat-Nya dan bertaubat atas segala dosa-dosa yang telah aku lakukan...Subhanallah..Maha Suci Tuhan yang telah menghidupkan dan mematikan...
Hurm...Ramadhan yang dinanti bakal menjelang dalam beberapa detik sahaja lagi.Namun persoalan yang kerap kali lahir dibenakku, adakah aku bersedia menyambut kehadirannya???Adakah aku mampu memanfaatkannya seperti mana aku selalu membiarkannya berlalu pergi tanpa rasa apa-apa??Ya Allah, Engkau pimpinlah daku dalam mengaharungi dugaan yang hebat ini, berilah daku kekuatan dan ketenangan agar aku sentiasa bersyukur atas kurniaan-Mu..Sekali lagi aku tertanya-tanya adakah aku sempat menyambutnya dengan persediaan amalan yang baik dan hebat??
Kalaulah kita mampu melihat nikmat yang ALLAH janjikan pada bulan ramadhan ini dengan mata kasar kita, pasti kita menangis kesedihan dengan seribu penyesalan tak tertanggung kerana mensia-siakan rahmat yang terbentang luas itu. Tapi disitulah kebesaran dan keagungan Allah Yang Maha Esa, Dia menguji kita sejauh mana kita beriman dan yakin dengan segala ketentuan Allah.
Ku berdoa semoga ramadhan yang sangat dinanti-nanti ini menjanjikan seribu kemanisan dalam diriku dan juga kepada teman-teman seagamaku agar kita tidak tergolong dalam kalangan mereka-mereka yang rugi yang hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja...Nauzubillah...
Wallahualam..

Wednesday, August 27, 2008

salam ukhuwah fillah

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Katakanlah (ya Muhammad): Dialah Allah yang Maha Esa. Allah yang dituju (untuk meminta hajat). Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakan. Dan tiada suatu pun yang menyerupai-Nya. Surah AL-IKHLAS(Bersih-Tulus)

Di sini hamba nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga buat teman seinteamku, yang dengan tulus ikhlas mengajar hamba cara nak buat blog nie. Sahabat satu borneo....susah juga sebenarnya nak menulis nie kan??hamba ingat mudah..rupanya memerlukan ilham dan minat yang tinggi...tp biarkan diusahakn dahulu..tak cuba tak tahu..hehehe..

Coretan yang pertama ni tak perlulah panjang lebar rasanya, cukuplah sekadar melepaskan keinginan yang telah lama terpendam untuk menulis di dalam blog..ok lah..biarlah hamba sambung dengan tugasan yang perlu disiapkan dulu..
salam semua..